Saturday, February 18, 2012

ZIKIR HARIAN


Assalamualaikum wbt..
Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini insyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman (Ihya Ulumuddin)
Teringat arwah tok wan yang sangat saya sayangi. Dulu sebelum tido arwah akan mengira sesuatu dengan jari sambil mulut terkumat-kamit..lama sangat! Sampai saya jadi hairan "tokwan ni kira duit apa tah tgh2 malam!". Mak cakap tokwan tgh berzikir la..dah jadi macam 'habit' dah, sesuatu yang wajib untuk dia buat sebelum tido.
Arwah tokwan meninggal senang sangat..sakit 2,3hari jer..tak menyusahkan siapa-siapa..mukanya bersih dan tersenyum. Alhamdulillah.. Sebenarnya saya sangat sensitif kalau bercerita tentang arwah,rasa nak menangis kuat-kuat..he is the best tokwan in my heart! Cukuplah saya cakap beliau adalah sebaik-baik manusia,tiada dosa dengan manusia ;-)

ISNIN

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM
1 kalimat umpama 1 bukit uhud. banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, takabbur, sayangkan dunia dan sbgnya.

SELASA

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM
Allah ampunkan dosanya satu tahun (kalau nak pendek selawat ke atas nabi )

RABU

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM
1 kali sebut hilang 1 titik hitam dalam hati kita. 1 titik hitam adalah dari 1 dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.

KHAMIS

SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan 1 kali sebut tumbuh 1 pohon syurna untuk kita di syurga.

JUMAAT

YA ALLAH
Solat,Islam,rajin,suka,lazat,beramal ibadah,tidak malu tutup aurat bagi perempuan.

SABTU

LAA ILAHA ILLA ALLAH
Senang hati, aman dan tenteram.

AHAD

YA HAYYU YA QAYYUM
Allah hidupkan kita dan beri peliharaannya.
Bacalah sekurang-kurangnya 1000kali sehari ;-)
Ayat-ayat diatas semua mudah disebut kan..so tiada alasan untuk kita tidak berzikir..berzikir boleh dilakuakan dimana-mana sahaja..sambil masak pun boleh berzikir! Gandakan pahala kita setiap hari.. dari bercakap merapu-rapu jer baik kita amalkan zikir.
Selamat berzikir kawan-kawan!

Wednesday, February 15, 2012

BUAT BUTANG BALUT SENDIRI

Korang pernah dengar butang balut tak??
Alaaa...yang selalu orang boh kat langsir tuuu...yang ada kat baju nurse tuuu..yang zaman sekarang orang boh kat tudung tuuu...

Dulu mak saya suka sangat la tempah butang balut ni untuk letak kat langsir ciptaannya iteww..tapi dia wat yang beso-beso punyer la..sekarang ni saya pulak tercari-cari mana nak tempah butang ni, nak letak kat tudung..hu hu..tiba-tiba jew tercetus idea nak buat tudung budak..ingat2 nak letak riben ke, bunga ke sebagai aksesori..tapi macam biasa sangat! Letak butang balut mesti cun punyer..sesuaiiii gitu untuk kanak-kanak rebina yang comel2 itewww...

Macam biasa sumber maklumat mesti la GOOGLE! Tak banyak info pasal butang balut tapi ada la jugak yang boleh dijadikan bahan..hurmmm.. rupa-rupanya butang ni boleh buat sendiri kat rumah..takyah susah2 nak g tempah pun..menarik! Keesokan harinya jugak saya kerah encik hubby bawak g cari alat2 yang diperlukan. Haaa mesti u all nak tau kan mana nak dapat barang2 ni semua!

Kitorang p bukit bintang nuuu...dalam tu ada kedai jepun namanya DAISO. Haa kat situ korang pilih la nak saiz apapun semua ada..harganya rm5 jer untuk semua barang dalam tu..best kan best kan! Tapi lagi besar saiznya lagi sikit la kuantitinya..!

OK mari mulakan tugasan kita!


Jeng jeng jeng!! ni la paket butang tu..tp ini refillnya taw..mula-mula korang beli la yang ada alat nak wat ni skali.

Ha ni la rupanya alat penekan butang tu..don worry cara-cara nak buat ada tulis kt belakang tu tp dlm tulisan jepun la..kuang3!!

Wahhh saya dh dapat hasilkan byk butang comel2..korang bila lagi??!


Tudung pun siap!!
Kawan-kawan jom shopping di MiaStuffz dulu lah ;-)