Monday, February 25, 2013

VERY GOOD DEAL


Wahhh lamanya saya tak update blog ni kan!
Bz bz bzzzz yang teramat sejak2 berpindah rumah baru ni..huhu
Diam2 tak bermaksud saya stop penjualan 'susu kurus' ni tau..alwayz in stock ok! Tak mungkin lah saya stop sebab masih ramai yang asyik cal dan sms mencari2 produk terbaik ni.

Sempena baru nak aktifkan semula saya nak buat tawaran HEBATTTT kat anda semua ok. Tapi tawaran ni hanya untuk 50 orang yang paling pantas je tau..Orang ke 51 akan dapat harga biasa lah..hehe..so kena cepat-cepat rebut peluang ni..

SIAPA NAK KURUS ANGKAT TANGAN!!! LETAKKAN JEJARI COMEL ANDA KE ATAS KEYBOARD DAN KLIK LINK INI SEKARANG 
DAN TAIP 'PM ME'

ATAU

SMS/ WHATSAPP / LINE
019-2168162

Jom jom jom kurus dan sihat sekarang!!


Wednesday, October 17, 2012

TINGKATKAN METABOLISME DGN APPLE CIDER



APPLE CIDER VINEGAR boleh diminum bersama ALSD2 bagi mempertingkatkan metabolisma dan membantu penyingkiran lemak.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan berbanding dgn orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Dicadangkan mengambil AL SDII dengan apple cider vineger Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
1)Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
2)Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
3) Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
4) Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
5) Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
6) Memperbaiki masalah sistem kencing.
7)Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing

*Ambil Apple Cider 2 sudu kecil, 2 kali sehari bersama AL SDII.
NOTE: Pilih apple cider yang keruh2 di bawah, itu lebih baik!



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com


Sunday, October 14, 2012

GEMOKNYA SAYA TANPA SD2!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Auuchhh!! Rasa tak sanggup nak tengok balik muka saya dulu..menci tawwww!!!
My face looks like a balloon! Eeuuu...

BENGANG tak anda bila rakan-rakan asyik tegur tentang fizikal anda? Yer, memang kadang-kadang teguran mereka sekadar bersahaja atau bergurau, tapi hati mana tak sedih bila tiap kali jumpa kawan lama atau upload gambar di FB orang asyik cakap 'gemoknya awak sekarang', 'muka awk bulat macam belon', 'hapynya hidup awk skrg kan sampai berisi camtu'.
Argghhhh terhinanya saya! Hanya pada suami tempat saya meluahkan rasa.

SYUKUR! Akhirnya saya bertemu jalan penyelesaian disaat saya hampir-hampir down. Lebih dari 5 produk yang saya cuba sebelum ni tapi xda penurunan langsung..bila difikirkan semula mungkin produk2 tu buatkan muka saya naik macam apam..huhu

Ini gambar terbaru saya ( 13 oktober 2012 ), timbang malam tadi dah 53.8kg! yahooo....Lepas habis 4 tin sy turun 55kg dari 63kg. Saya stop dan maintainkan sendiri dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul tapi berat saya masih boleh turun walaupun lambat. Tak kisah lah! Janji tak naik kan :-)

Bila dah kurus semua baju-baju lama dah blh pakai balik. Seronok sangat..yang bestnya saya ada 1 jeans kesayangan..sebelum ni saya frust sgt sebab jeans tu xmuat langsung, sy simpan elok2 dan berharap dapat pakai semula bila dah kurus. TAPI bila saya dah kurus skrg ni seluar tu still tak boleh pakai..bkn sebab xmuat tapi terlalu longgar..masyaallah ;-)



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Monday, October 8, 2012

REZEKI SD2 YANG MELETOP!

ASSALAMUALAIKUM


Syukur alhamdulillah..rezeki takkan berhenti datang kepada kita selagi niat kita ikhlas nak bantu diri dan keluarga. Yang penting, USAHA!

Asal dari minum sendiri dan akhirnya 'terpaksa' buat bisnes sebab terlalu yakin dengan produk ni..betul-betul menakjubkan! Bukan sahaja mampu capai impian saya untuk kurus tapi mampu buat saya tersenyum sampai telinga setiap bulan. Testimoni hebat dari diri saya sendiri buatkan ramai sahabat dan saudara bagai tak percaya dengan perubahan diri saya..syukur, bila mereka lihat sendiri pastinya mereka juga teruja dan taknak ketinggalan untuk jadi seperti saya!

Jika anda juga ingin mengubah diri anda ke arah lebih baik sila hubungi saya segera untuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar PERCUMA sekarang! 

1st payment ( july)
Saya join dua nama ( me & hubby )
Total RM2006.78

2nd payment (August)
Saya masukkan nama emak pulak
Mak sangat suka dapat check mengejut ni!
Total RM2043.01

Payment yang saya terima tidaklah banyak macam ahli lain yang gempak2..saya hanya buat partime shj, bayangkan jika anda bisnes fulltime!!! huru-hara jadinya...
Daftarlah sebagai agent sah NZ New Image sekarang dan jadi usahawan berjaya dengan modal permulaan serendah RM60!!!


Saya akan bantu anda. Nak tahu bagaimana?
email ke alpower.order@gmail.com ATAU click banner dan PM saya segera



Saturday, September 29, 2012

PENING KEPALA DIMINGGU PERTAMA MINUM SD2?


Sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berkaitan dengan perubahan dalam pola rutin makanan anda. 

Kebanyakan sebab untuk sakit kepala adalah pengeluaran kafein. Jika anda sebelum ini adalah peminat kopi dan minuman berkafein, ini mungkin punca utama sakit kepala anda.

Pengurangan pengambilan gula dan karbohidrat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Jika ini puncanya, sakit kepala akan hilang selepas beberapa hari.Anda jangan risau kerana ia bersifat sementara sahaja.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala ialah alergi atau sensitif pada makanan. Cuba perhatian menu anda dalam diary pemakanan setiap hari. Adakah anda dapati anda mungkin telah makan makanan yang anda sensitif terhadapnya?  Makanan dan bahan-bahan yang sering menyebabkan reaksi termasuk produk tenusu, nitrat (dijumpai di dalam daging yang diproses, contohnya) dan apa-apa yang sedang ditapai, diawet atau disalai. Jika ya, buang semua makanan-makanan yang berpotensi memberi alahan atau sensitif kepada anda. Makanlah seperti daging segar, ayam, ikan dan sayur-sayuran untuk tiga atau empat hari. Selepas itu, barulah mencuba semula satu makanan baru setiap 48 jam. Menyimpan diari makanan adalah sangat penting supaya anda boleh mendokumenkan reaksi atau kesan anda setiap makanan yang telah anda cuba dan mengenalpasti makanan yang mungkin menyebabkan anda sakit kepala.

Selain daripada itu anda juga mungkin telah meninggalkan salah satu daripada waktu makan (skip meals) Berbuat demikian boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah yang drastik dan ia juga akan menyebabkan kepada sakit kepala.

Sakit kepala juga boleh menjadi salah satu daripada tanda-tanda awal dehidrasi. Jadi pastikan untuk mengambil lebih daripada lapan gelas setiap hari atau 2-3 liter.

Tetapi jika tiada sebab-sebab yag dinyatakan di atas dan sakit kepala anda berpanjangan, silalah berjumpa dengan doktor anda.



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Sunday, September 23, 2012

ALPHA LIPID SD2 POWER

Assalamualaikum kawan-kawan 'sediet' dan bakal pendiet sd2 semua!

Terasa lama sangat tak update blog kan..saja menyepikan diri sebab masih dalam proses ujikaji terhadap diri sendiri terhadap produk yang layak saya panggil POWER ini! Setelah habis menelan 3 tin alpha lipid sd2 bulan lepas saya berjaya turun sebanyak 6kg (dari 63kg) dan kurangkan saiz pinggang sebanyak 4.5 inci (dari 32inci..malunya!)..alhamdulillah, bersyukur yang keterlaluan!!!

Sebenarnya raya hari tu terbabas jugak..berat saya naik 2kg..huhu..abes semua saya makan..al-maklumlah setahun skali je dapat merasa lemang ketupat..( tak takut sbb sd2 kan adaaaa ). Lepas raya agak rimas jugak memandangkan byk undangan open house, tak pegi kang kecik hati kan..so saya tangguhkan diet saya lagi dan hanya maintainkan tanpa sd2..nasib baik tak naik byk pn..juz 2kg tu je! Lepas settle semua sy start amek 1 tin lagi n mulalah berpantang semula.. (kdg2 pantang tengok jgk la)
Syukur3 kali ni betul2 menghela nafas lega apabila penimbang digital keluarkan angka 55kg! Seriously tak pernah saya terfikir mampu turun sebanyak tu..alhamdulillah untuk sekian kalinya.

Dan skrg ni dah lebih 3 minggu saya maintan tanpa sd2 berat masih menunjukkan angka yang sama.. 55KG OK!!! Sila jangan jelesssssssss...tapi sy masih berharap untuk turun ke 53kg sebenarnya utk dapatkan berat asal..huhu..adakah sy akan berjaya? Kita nantikan ya..

Jom tambahkan kejelesan anda dengan melihat gambar-gambar raya saya..sila lihat sambil senyum dan berkata dalam hati.. 'aku nak kurus' sbyk 7 kali..hehehe



Berat dulu 63kg, muka sy bulat cam belon!
Berat gmbar raya 2012 58kg (masa ni dh naik 1kg lepas turun 6kg)

Hi ladies & gentleman, saya nak tayang baju saya yang cantik ni saiz S ok!
Baju grey raya 2011 pun cantik jgk tp saiz L..ngeh3

My lil bro..still AVAILABLE..hahaha

Ohh dis is my hubbybie..SOLD OUT!

Happynya raya saya bila impian jadi kenyataan!

Balik kampommm..hohoho balik kampommm..

Poyo je gambar kan..penuh acting!


Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Friday, August 3, 2012

BOLEH KE IBU YANG MENYUSUKAN BAYI BERDIET DENGAN ALSD2?


Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut: 
Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti SD2 selamat untuk ibu yang menyusukan ?


Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

Credit to Kamarul Nordin

Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com