Wednesday, October 17, 2012

TINGKATKAN METABOLISME DGN APPLE CIDER



APPLE CIDER VINEGAR boleh diminum bersama ALSD2 bagi mempertingkatkan metabolisma dan membantu penyingkiran lemak.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan berbanding dgn orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Dicadangkan mengambil AL SDII dengan apple cider vineger Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
1)Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
2)Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
3) Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
4) Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
5) Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
6) Memperbaiki masalah sistem kencing.
7)Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing

*Ambil Apple Cider 2 sudu kecil, 2 kali sehari bersama AL SDII.
NOTE: Pilih apple cider yang keruh2 di bawah, itu lebih baik!



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com


Sunday, October 14, 2012

GEMOKNYA SAYA TANPA SD2!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Auuchhh!! Rasa tak sanggup nak tengok balik muka saya dulu..menci tawwww!!!
My face looks like a balloon! Eeuuu...

BENGANG tak anda bila rakan-rakan asyik tegur tentang fizikal anda? Yer, memang kadang-kadang teguran mereka sekadar bersahaja atau bergurau, tapi hati mana tak sedih bila tiap kali jumpa kawan lama atau upload gambar di FB orang asyik cakap 'gemoknya awak sekarang', 'muka awk bulat macam belon', 'hapynya hidup awk skrg kan sampai berisi camtu'.
Argghhhh terhinanya saya! Hanya pada suami tempat saya meluahkan rasa.

SYUKUR! Akhirnya saya bertemu jalan penyelesaian disaat saya hampir-hampir down. Lebih dari 5 produk yang saya cuba sebelum ni tapi xda penurunan langsung..bila difikirkan semula mungkin produk2 tu buatkan muka saya naik macam apam..huhu

Ini gambar terbaru saya ( 13 oktober 2012 ), timbang malam tadi dah 53.8kg! yahooo....Lepas habis 4 tin sy turun 55kg dari 63kg. Saya stop dan maintainkan sendiri dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul tapi berat saya masih boleh turun walaupun lambat. Tak kisah lah! Janji tak naik kan :-)

Bila dah kurus semua baju-baju lama dah blh pakai balik. Seronok sangat..yang bestnya saya ada 1 jeans kesayangan..sebelum ni saya frust sgt sebab jeans tu xmuat langsung, sy simpan elok2 dan berharap dapat pakai semula bila dah kurus. TAPI bila saya dah kurus skrg ni seluar tu still tak boleh pakai..bkn sebab xmuat tapi terlalu longgar..masyaallah ;-)



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Monday, October 8, 2012

REZEKI SD2 YANG MELETOP!

ASSALAMUALAIKUM


Syukur alhamdulillah..rezeki takkan berhenti datang kepada kita selagi niat kita ikhlas nak bantu diri dan keluarga. Yang penting, USAHA!

Asal dari minum sendiri dan akhirnya 'terpaksa' buat bisnes sebab terlalu yakin dengan produk ni..betul-betul menakjubkan! Bukan sahaja mampu capai impian saya untuk kurus tapi mampu buat saya tersenyum sampai telinga setiap bulan. Testimoni hebat dari diri saya sendiri buatkan ramai sahabat dan saudara bagai tak percaya dengan perubahan diri saya..syukur, bila mereka lihat sendiri pastinya mereka juga teruja dan taknak ketinggalan untuk jadi seperti saya!

Jika anda juga ingin mengubah diri anda ke arah lebih baik sila hubungi saya segera untuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar PERCUMA sekarang! 

1st payment ( july)
Saya join dua nama ( me & hubby )
Total RM2006.78

2nd payment (August)
Saya masukkan nama emak pulak
Mak sangat suka dapat check mengejut ni!
Total RM2043.01

Payment yang saya terima tidaklah banyak macam ahli lain yang gempak2..saya hanya buat partime shj, bayangkan jika anda bisnes fulltime!!! huru-hara jadinya...
Daftarlah sebagai agent sah NZ New Image sekarang dan jadi usahawan berjaya dengan modal permulaan serendah RM60!!!


Saya akan bantu anda. Nak tahu bagaimana?
email ke alpower.order@gmail.com ATAU click banner dan PM saya segera



Saturday, September 29, 2012

PENING KEPALA DIMINGGU PERTAMA MINUM SD2?


Sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berkaitan dengan perubahan dalam pola rutin makanan anda. 

Kebanyakan sebab untuk sakit kepala adalah pengeluaran kafein. Jika anda sebelum ini adalah peminat kopi dan minuman berkafein, ini mungkin punca utama sakit kepala anda.

Pengurangan pengambilan gula dan karbohidrat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Jika ini puncanya, sakit kepala akan hilang selepas beberapa hari.Anda jangan risau kerana ia bersifat sementara sahaja.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala ialah alergi atau sensitif pada makanan. Cuba perhatian menu anda dalam diary pemakanan setiap hari. Adakah anda dapati anda mungkin telah makan makanan yang anda sensitif terhadapnya?  Makanan dan bahan-bahan yang sering menyebabkan reaksi termasuk produk tenusu, nitrat (dijumpai di dalam daging yang diproses, contohnya) dan apa-apa yang sedang ditapai, diawet atau disalai. Jika ya, buang semua makanan-makanan yang berpotensi memberi alahan atau sensitif kepada anda. Makanlah seperti daging segar, ayam, ikan dan sayur-sayuran untuk tiga atau empat hari. Selepas itu, barulah mencuba semula satu makanan baru setiap 48 jam. Menyimpan diari makanan adalah sangat penting supaya anda boleh mendokumenkan reaksi atau kesan anda setiap makanan yang telah anda cuba dan mengenalpasti makanan yang mungkin menyebabkan anda sakit kepala.

Selain daripada itu anda juga mungkin telah meninggalkan salah satu daripada waktu makan (skip meals) Berbuat demikian boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah yang drastik dan ia juga akan menyebabkan kepada sakit kepala.

Sakit kepala juga boleh menjadi salah satu daripada tanda-tanda awal dehidrasi. Jadi pastikan untuk mengambil lebih daripada lapan gelas setiap hari atau 2-3 liter.

Tetapi jika tiada sebab-sebab yag dinyatakan di atas dan sakit kepala anda berpanjangan, silalah berjumpa dengan doktor anda.



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Sunday, September 23, 2012

ALPHA LIPID SD2 POWER

Assalamualaikum kawan-kawan 'sediet' dan bakal pendiet sd2 semua!

Terasa lama sangat tak update blog kan..saja menyepikan diri sebab masih dalam proses ujikaji terhadap diri sendiri terhadap produk yang layak saya panggil POWER ini! Setelah habis menelan 3 tin alpha lipid sd2 bulan lepas saya berjaya turun sebanyak 6kg (dari 63kg) dan kurangkan saiz pinggang sebanyak 4.5 inci (dari 32inci..malunya!)..alhamdulillah, bersyukur yang keterlaluan!!!

Sebenarnya raya hari tu terbabas jugak..berat saya naik 2kg..huhu..abes semua saya makan..al-maklumlah setahun skali je dapat merasa lemang ketupat..( tak takut sbb sd2 kan adaaaa ). Lepas raya agak rimas jugak memandangkan byk undangan open house, tak pegi kang kecik hati kan..so saya tangguhkan diet saya lagi dan hanya maintainkan tanpa sd2..nasib baik tak naik byk pn..juz 2kg tu je! Lepas settle semua sy start amek 1 tin lagi n mulalah berpantang semula.. (kdg2 pantang tengok jgk la)
Syukur3 kali ni betul2 menghela nafas lega apabila penimbang digital keluarkan angka 55kg! Seriously tak pernah saya terfikir mampu turun sebanyak tu..alhamdulillah untuk sekian kalinya.

Dan skrg ni dah lebih 3 minggu saya maintan tanpa sd2 berat masih menunjukkan angka yang sama.. 55KG OK!!! Sila jangan jelesssssssss...tapi sy masih berharap untuk turun ke 53kg sebenarnya utk dapatkan berat asal..huhu..adakah sy akan berjaya? Kita nantikan ya..

Jom tambahkan kejelesan anda dengan melihat gambar-gambar raya saya..sila lihat sambil senyum dan berkata dalam hati.. 'aku nak kurus' sbyk 7 kali..hehehe



Berat dulu 63kg, muka sy bulat cam belon!
Berat gmbar raya 2012 58kg (masa ni dh naik 1kg lepas turun 6kg)

Hi ladies & gentleman, saya nak tayang baju saya yang cantik ni saiz S ok!
Baju grey raya 2011 pun cantik jgk tp saiz L..ngeh3

My lil bro..still AVAILABLE..hahaha

Ohh dis is my hubbybie..SOLD OUT!

Happynya raya saya bila impian jadi kenyataan!

Balik kampommm..hohoho balik kampommm..

Poyo je gambar kan..penuh acting!


Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

Friday, August 3, 2012

BOLEH KE IBU YANG MENYUSUKAN BAYI BERDIET DENGAN ALSD2?


Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut: 
Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti SD2 selamat untuk ibu yang menyusukan ?


Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

Credit to Kamarul Nordin

Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com

Wednesday, August 1, 2012

SD2 - PROMOSI RAMADHAN

Wahhhhhhhhh....nampak je shaker semua orang suka! Sebab, comel macam mia kan kan kan!! Hmm siapa tak nak kalau beli 1 dapat free 3 kan! hehe tp bukan beli 1 tin free 3 tin..fengsan macik! (tangan kat dahi, mata ke atas ) Sila rujuk gambar dibawah ye..promosi yang best niiii....!


Jangan fikir lama-lama, jom rebut shaker comel ni cepat selagi stock masih berkeliaran!!! 



Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com


Friday, July 20, 2012

DIET SD2 DIBULAN PUASA

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah esok SABTU, 21 JULY 2012 seluruh umat Islam akan menunaikan kewajiban berpuasa. Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Kepada pendiet2 ALPHA LIPID SD2, jangan susah hati dan pening kepala macammana nak berdiet dibulan puasa..Di bawah saya sediakan sedikit info ringkas untuk panduan anda.
Berdiet SD2 dibulan puasa tidak jauh beza dengan hari-hari biasa. Cuma, kita akan meninggalkan waktu makan tengahari saja,betul tak?  Jadi, anda boleh ambil SD2 3 kali sahaja sehari! TETAPI, WAJIB cukup 8 scoop ye..lihat gambar di bawah :-

click picture tu enlarge


Waktu sahur, sila ambil makanan secukupnya dan minum SD2. Sesetengah orang mungkin tidak biasa meratah lauk shj dipagi2 buta tu kan..hehe..jadi anda bolehlah ambil segenggam nasi dan lebihkan lauk..jgn lebih2 ye..INGAT! SEHARI TIDAK BOLEH MELEBIHI 35GM KARBOHIDRAT!!!
Waktu berbuka, ambil lagi SD2 dan makan secukupnya..tak perlulah makan nasi lagi, tadi pagi kan dah makannnn...beli lah ayam golek ke, ayam percik ke...daging bakar ke..ikan bakar ke... isk macam2 la blh makan, kalau takut terbabas diet better jangan pergi bazar ramadhan ok! Kirim je la..
Lepas tarawih tu kalau rasa nak ulang mkn pun xda masalah..mkn la..habiskan lauk2 yg ada, jgn membazir ok..! Jgn lupa, 2scoop SD2 sebelum tidooo!


click picture tu enlarge



Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com


Friday, July 13, 2012

ALPHA LIPID SLIM DIET 2


ANDA INGIN KURUS SEBELUM RAYA??
JOM BERDIET DENGAN ALPHA LIPID SD2 DARI SEKARANG!
DAPATKAN HARGA PROMOSI DARI KAMI SEKARANG!!!


Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com


FREE TURBO SHAKER!

ASSALAMUALAIKUM..

Wahhhh comelnya shaker ni!!! Jangan fikir nak beli kat mana sebab shaker ni akan diberi secara PERCUMA jika anda membeli ALPHA LIPID SD2 dari kami!
PM saya untuk info lanjut ya!



Langkah mudah penyediaan SD2

1. Goncang tin SD2 sebelum buka utk sebatikan nutrisi yang ada.
2. Tuang AIR SEJUK dalam shaker / cawan berpenutup 200 - 250ml
- air suam/ air panas tidak dibenarkan.
3. Masukkan 2scoop SD2 ke dalam cawan.
4. Shake atau goncang cawan hingga air sebati dengan SD2
5. Sedia untuk diminum!!

Sebaiknya minum SD2 sblm makan untuk penyerapan yg baik, walaubagaimanapun anda blh ambil selepas mkn jika mahu.

1 hari WAJIB 8 SCOOP! ( 4kali sehari )




Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com

MENU DIET SD2


Untuk anda yang mengamalkan SD2  ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat & gula) supaya tidak cepat jemu. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan. Dalam program diet ini, perlu diingat bahawa anda adalah wajib ambil sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Jika lapar, sila makan makanan seperti yang tersenarai dibawah, jangan berlapar.


Sarapan Pagi


1. Telor - Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (Campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
2. Sausage - Rebus, grill, slice kecil dan goreng (sekeping burger atau sebatang sausage 4g karbohidrat)
3. Burger daging & ayam (tanpa roti)
4. Ayam kukus dengan spices
5. Fish finger / fillet (cari yang chunky kurang tepong)


Makan Tengah Hari


1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur dalam apa jua cara masakan.
2. Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis


Makan Malam

1. Soup atau tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2. Sate ayam, lembu, daging, perut (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3. Tahu bakar dan sotong kangkung
4. Western: Chicken Chop, Lamb Chop, Steak (kurangkan kuah & jangan makan fries)
5. Sama dengan tengah hari Snek
   Tempe / Ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong
. Nugget ayam, drummet, fish fingers (baca dan perhatikan label kandungan karbohidrat)


PERHATIAN!!!!
1. Anda tidak boleh mengambil lebih 35gram net karbohidrat dalam sehari untuk badan masih membakar lemak.
2. Kalau makan diluar, ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi.
3. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula yang tinggi, baca dulu label makanan dibelakang botol tersebut dan lihat kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
4. Kuat atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
5. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.
6. Jangan minum minuman berkafien iaitu teh/kopi kerana kafein boleh memberhentikan proses pembakaran lemak. 

TERNYATA SD2 ADALAH PROGRAM DIET YANG SIHAT DAN SELAMAT. ANDA AKAN MERASA SERONOK BERDIET DGN SD2. TANPA PERLU SKIP MAKAN, ANDA MASIH BOLEH KURUS.


Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com

Tuesday, July 3, 2012

PANDUAN BERDIET DENGAN SD2

SYARAT UTAMA BERDIET DENGAN SDII

1. Tak boleh BERLAPAR! WAJIB MAKAN!


2. bila dah capai berat ideal, TIDAK PERLU Maintain Minum SD2!


PLAN PEMAKANAN SEMASA DIET SDII
( Semasa 2 Minggu Induction )

1.) ELAKKAN nasi, mi, mihun, laksa, laksa, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) 
ELAKKAN  Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) 
ELAKKAN  Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) 
ELAKKAN  Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) 
ELAKKAN  minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) 
ELAKKAN  snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) 
ELAKKAN  segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) 
ELAKKAN  makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) 
ELAKKAN  makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


ANDA BOLEH MAKAN :

1.) AYAM- panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua IKAN- sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua DAGING- rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) UDANG - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) SAYUR, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) KEJU jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) AIR KOSONG, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) BURGER?? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) PIZZA?? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.




 




Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan"!!


Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Jangan lebih drp 20 grams KARBOHIDRAT sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams karbo !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams karbo
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams karbo.
Mee (mihun/spagetti/laksa/
laksa/fettuccinni) = 10 - 100 grams karbo (meehoon paling rendah karbo = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Tidak Dibenarkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

NOTA KURUS : Susah masa mula2 aje... (tp, xdela susah pun kan, bukan nye xboleh makan langsung pun.. nak kurus, nak sihat, kene lah berusaha. xpe, sekejap je puasa makan karbo.. lepas tu, anda takkan rasa sia2...percayalah..:) 

Syarat-syarat Induction 

Induction ialah fasa terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.



-----------------------------------------------------------------
Diari Diet
Catatkan berat badan anda. Buat sekali catatan tentang ukuran pinggang, paha, dada, pinggul, tekanan darah, dan kadar kolestrol. 
Tentukan sasaran berat badan yang perlu anda turunkan dalam jangka masa sebulan akan datang.
Cuba tentukan sasaran untuk menurunkan berat badan dalam tempoh seminggu antara ½ hingga 1 kg.
Tentukan tahap kalori yang boleh membantu anda menurunkan berat badan mengikut tahap-tahapnya. Contoh kalori yang disarankan ialah kurang 35g pengambilan karbohidrat dlm mkanan.
Catatkan semua makanan, minuman atau kudapan yang telah anda ambil. Kira jumlah kalori dan lemak.
Catat latihan/senaman yang telah anda lakukan setiap hari. Dapatkan anggaran agak2 berapa jumlah kalori yg terbakar
Hasilnya pada malam hari, buat pengiraan pengurangan kalori makanan dan kalori latihan yang dilakukan.
Pada hujung minggu pula, buat pengiraan dan hasil yang telah anda gunakan untuk kalori dan lemak.
Good Luck! :)


Fasa2 dalam Diet SD II

inila cara diet yg sebenar. sume terletak pd tangan kite semua. :) 
xpelu susah2 nk carik plan kesihatan untuk diri anda. plan yg d gunakan dlm program diet SD2 ada sume nye. :D



NOTA KURUS : supplemen sprt yg dcdgkan adalah untuk regulate our health to the optimum. dengan izin Tuhan. xsalah untuk berusaha ke arah kesihatan yg TERBAIK! 


BERAT BADAN IDEAL
KUNCI KESIHATAN BERKEKALAN



Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di miastuffz@gmail.com

KENAPA BERAT TAK TURUN WALAUPUN DAH PENAT DIET?

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak cerita pasal kenapa berat tak turun..... bukan produk slim diet 2 yang tak jadi, tapi sebenarnya kesalahan yang kita tak sedari yang menyebabkan berat kita tak turun..



Pertama
AIR - Air memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dalam penurunan berat badan kerana air boleh membantu untuk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi... maksudnya , air ni kosong nutrisi , tak ada carbs , atau lain-lain... jadi , rugi lah kalau kita minum air kurang.. belum lagi kira untuk buah pinggang... sebab tu jangan sesekali kurang air.. 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti..

Kedua
Tidak cukup makan.. Ishhh, mane boleh macam ni, makan mesti cukup. Berapa kali nak cakap, jangan skip makan.. jangan berlapar... ada yang sampai sakit2 kepala pasal tak makan, ni dah salah... makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar. Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi... tambah lagi dengan exercise, lagi la tinggi...

Ketiga
Karbohidrat tersembunyi... Ini biasanya datang daripada kuah yang kita tak perasan ada carbo yang tinggi.. sila check bab kuah/sos/kicap ye...plus, kita mesti baca label betul-betul...teliti betul-betul kandungan karbohidrat tu.. yang pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus..

Keempat
Yang pasti SLIM DIET 2 wajib di ambil 2 scoop 4x sehari.. pasal ada yang nak jimat dengan mengambil 3x sehari sahaj.. so macam mana nak turun cepat kalau dos kurang.. tak yah jimat lah.. nak turun berat cepat ke lambat..?? lepas tu complain kata SD2 tak berkesan.. Sooo.. mulai hari ini.. pastikan keempat-empat tips tu buat betul-betul.. barulah dapat bentuk badan idaman.. kat KL nih, raya sebulan.. jadi pastikan anda semua berhati-hati masa memilih makanan ya.. jangan pulak dah turun berat masa bulan puasa hari tu, dah cun melecun.. lepas tuh naik balik badan pasal open house sampai 4-5 buah rumah sehari..

INGAT MATLAMAT ANDA KENAPA NAK TURUNKAN BERAT BADAN!!




Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com