Tuesday, January 31, 2012

APAM POLKADOT - ORIGINAL RESEPI

Assalamualaikum semua!
Sebelum saya taip resepi ni, meh sini dengar dulu cerita pahit getir nak dapat resepi ni..berpeluh dow!


Alkisahnya..
1st time makan apam ni pun sebab beli kat 1 blog akak ni  http://www.arahchocolate.com/ . Memang sedap giless! Masa tu nak balik kampung nak wat kenduri akikah si Mia. Konon beli utk jamu org makan masa kenduri, tapi habis semua di kendurikan oleh kami sekeluarga..huk huk..


Oleh kerana terlalu suka akan kecomelannya iteww, terfikir nak cuba try test buat sendiri.. xkan stakat nak makan 3 beranak nak beli smpai 100biji kan..bankrup makcik! So apa lagi.. GOOGLE la!! Banyak giler rupanya resepi kat google ni..tapi semua sama jer pun! Ni mesti main copycat kan kan kannn!! Makcik pun apa lagi..copy la jgk..eheh!


1st time cek wat kue sendiri ni tau dak..hehehe..mula2 tak jadi dow!!! Kerassssssssssss...hukhukhuk.. rasa nak baling je dari tingkat 12 ni.. Dah la keras, jadi belobang2 lak tu..eeeyakkss! Ok fine, takkan ku menyerah kalah.. google lagi byk2..terrrjumpa lah 1 blog ni, dia pun sama kes jgk..buat xjadi, tapi kali ke2 dia buat adunan sendiri plak..tukar sikit resepinya.. Apa lagi..makcik pun mulakan tugas lah! ALHAMDULILLAH successsssssssss!!! Lembut wa cakap luuuu...gebussssss jew ;-p


Ok anak-anak sekalian, mari kita mulakan pembelajaran ;-p


BAHAN-BAHAN
( untuk +/- 50biji papercup kecik )


3 biji telur gred A dari peti sejuk ( xtau knp, korg ikut jela eh! )
250 gm tepung gandum
220 gm gula halus
160 ml susu segar / susu cair pun sodap
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallette
1 sudu kecil esen vanilla
piping bag ( plastik bentuk kon )
pewarna ( beli jenama star warna dia comey2 )
filling blueberry / strawberry / chocolate / cheese / ikut suka hangpa la, nak boh inti kelapa pun boleh..jimat kos!
* Untuk u all yang tak penah buat kuih cam makcik ni, mesti tak tahu banyak benda kan..so nak senang beli je semua bahan2 ni kat kedai bakery..semua ada kat sana, bagi je list kat tokey kedai tu .. he he

CARA-CARA


- Masukkan telur, gula, ovellate & baking powder kat dalam mixer, pukul dengan kelajuan maksima..kalau mixer yang ada turbo lagi bagus. Pukul sampai jadi warna putih, dalam 7-8 minit camtu.
- Then, masukkan susu, tepung gandum, esen vanilla - kacau hingga sebati.
- Bahagikan adunan tadi kepada beberapa mangkuk..Ikut berapa warna yang u all ada. Titiskan pewarna2 tu kat setiap adunan.
- Masukkan adunan tu ke dalam beberapa piping bag. JANGAN LUPA ikat piping bag tu tau..kalau tak ikat nanti masuk angin apam jadi rupa span basuh pinggan plak.. (pengalaman la ni )
- Susun papercup dalam acuan lompang / acuan kuih berlubang tu supaya apam tak kembang semangkok.
- Picit adunan ke dalam papercup separuh je, pastu letak filling plak. ( nak senang filling ni pun letak dalam piping bag ). Then picit adunan lagi smpai 3/4 cup. Nak letak smpai penuh pun boleh jer tapi takut tak dapat banyak sangat la.
- Waktu yg ditunggu2...create apa-apa corak yang u all suka.. paling senang buat polkadot jer.. amek adunan warna lain dot dot kan jer ok!
- Kukus dengan api kecil dalam 10 minit. Pastikan air dalam periuk kukus dimasak dahulu ya.
Tip : Balut penutup periuk pengukus dengan kain supaya air wap tak masuk.


Jamu mata sikit dengan hasil air tangan Makcik Ayu 








Kata orang, masak dengan hati yang iklas pasti sedap!
Hari-hari pun saya iklas masak tapi kadang-kadang tak sedap jgk!
Kata saya, masaklah dengan resepi yang betul baru lah sedap!!! jangan marah haaaaa ;-p


2 comments:

  1. bgs juga ayu ...sekurang kurang nya ayu dh pandai wat apam tu hehehe mana tau leh wat jual pula.betui x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau dh terer blh la juai..skrg ni buat pun tkemut2..sakit pinggang buat ni...huhuhu

      Delete