Saturday, September 29, 2012

PENING KEPALA DIMINGGU PERTAMA MINUM SD2?


Sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berkaitan dengan perubahan dalam pola rutin makanan anda. 

Kebanyakan sebab untuk sakit kepala adalah pengeluaran kafein. Jika anda sebelum ini adalah peminat kopi dan minuman berkafein, ini mungkin punca utama sakit kepala anda.

Pengurangan pengambilan gula dan karbohidrat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Jika ini puncanya, sakit kepala akan hilang selepas beberapa hari.Anda jangan risau kerana ia bersifat sementara sahaja.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala ialah alergi atau sensitif pada makanan. Cuba perhatian menu anda dalam diary pemakanan setiap hari. Adakah anda dapati anda mungkin telah makan makanan yang anda sensitif terhadapnya?  Makanan dan bahan-bahan yang sering menyebabkan reaksi termasuk produk tenusu, nitrat (dijumpai di dalam daging yang diproses, contohnya) dan apa-apa yang sedang ditapai, diawet atau disalai. Jika ya, buang semua makanan-makanan yang berpotensi memberi alahan atau sensitif kepada anda. Makanlah seperti daging segar, ayam, ikan dan sayur-sayuran untuk tiga atau empat hari. Selepas itu, barulah mencuba semula satu makanan baru setiap 48 jam. Menyimpan diari makanan adalah sangat penting supaya anda boleh mendokumenkan reaksi atau kesan anda setiap makanan yang telah anda cuba dan mengenalpasti makanan yang mungkin menyebabkan anda sakit kepala.

Selain daripada itu anda juga mungkin telah meninggalkan salah satu daripada waktu makan (skip meals) Berbuat demikian boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah yang drastik dan ia juga akan menyebabkan kepada sakit kepala.

Sakit kepala juga boleh menjadi salah satu daripada tanda-tanda awal dehidrasi. Jadi pastikan untuk mengambil lebih daripada lapan gelas setiap hari atau 2-3 liter.

Tetapi jika tiada sebab-sebab yag dinyatakan di atas dan sakit kepala anda berpanjangan, silalah berjumpa dengan doktor anda.



Jangan tunggu kawan anda kurus dulu baru nak bertindak! Dapatkan PROMOSI HEBAT dari saya sekarang!! email ke alpower.order@gmail.com

No comments:

Post a Comment