Monday, July 2, 2012

CADANGAN PEMAKANAN SEMASA DIET SDII

Assalamualaikum wbt


Anda sedang amalkan ALPHA LIPID SDII? Atau baru nak mencuba?? Jom cuba cepat-cepat kalau nak kurus cepat-cepat!!

Disini saya nak kongsi sedikit menu2 yang boleh anda ambil semasa program plan diet ini berjalan.


PERLU DIINGAT KADAR KARBOHIDRAT YG DIBENARKAN CUMA SEKITAR 20-35gm ini termasuk pengambilan karbohidrat dalam 8 skop SD2....4 x pengambilan dengan waktu konsisten sehari untuk hasil yang maksima mungkin(6gm karbohidrat). 

Antara menu yang boleh diamalkan:


BREAKFAST:
1)Telur, bagi yang sukakan telur boleh sediakan sarapan pagi anda dengan 2 biji telur separuh masak(2gm) / sramble egg / omelet. Kalau nak tambah kicap memadai 1 sudu besar shj (1.3gm)

2)Jenis sosej boleh pilih yg kurang kandungan karbohidrat-biasa 2 ketul(8gm)boleh dihidang secara kukus,grill,goreng atau rebus.

3)Mix salad menggunakan HEINZ SALAD CREAM(15 gm per serving mengandungi karbohidrat 3 gm berbanding LADY'S CHOICE 3.4gm)-cth;salad,kubis putih(1 cawan 4 gm),brokoli(1 cawan 5gm),timun(1 cawan 3gm),tomato(1 biji 5gm),asparagus -campuran sekadar di ambil kadar secawan. Sukatan 1 cawan sekitar 4-6 gm jika gunakan secara berhemah.

LUNCH/DINNER:
1)Segala jenis ayam,ayam turkey atau daging lembu / kambing (buangkan lemak) boleh dimasak sup,tomyam,panggang  atau digoreng, cth ayam panggang 1/4 ekor(0gm karbohidrat); 1 bowl sup kambing(0 gm) .Buat peminat ayam KFC(ambil jenis original kerana tidak bertepung berbanding spicy namun jangan menggunakan sos cili or tomato kerana kandungan karbohidrat agak tinggi jika dirujuk pada label nutrisi pada botol namun mengikut jenama tertentu). Penggemar Western food pula anda masih boleh menikmati beef steak,chicken chop cuma kena awasi pada sosnya jgn berlebihan dan abaikan pengambilan kentang sama bentuk wedges,kentang putar atau fries

2)Segala jenis ikan ,sotong ,ketam atau udang boleh digoreng,ikan dikukus lebih baik,jika dimasak gulai hanya menggunakan sedikit santan dalam keadaan sederhana pekat. Cth gulai ikan kembung seekor (0.5gm).

3) Jenis2 tauhu ada tauhu blok(1/4 blok 2.4gm) yang biasa atau tofu telur(1 piece 2gm):2 keping anggaran 4gm.

4)Sebaik2 minuman pula air kosong atau air teh hijau.

5) Cukupkan pengambilan 2 liter air.

***PERHATIAN:APA YANG PENTING ANDA CUMA  PERLU AWASI KADAR PENGAMBILAN SUMBER KARBOHIDRAT YG BETUL JUGA ELAKKAN SAYURAN JENIS BERUBI,BUAH2AN,MINUMAN MANIS SEMASA MENGIKUTI PLAN INI DAN SENTIASA MERUJUK KONSULTAN YANG BERTAULIAH!!!

Selepas anda mencapai berat ideal...fasa pengekalan boleh mengambil menu berikut:

Selepas menggunakan SD2 dan mendapat berat badan yang ideal, pilihlah makanan dari kumpulan makanan dibawah yang kandungan kalori yang rendah tetapi tinggi kandungan vitamin dan elemen-elemen yang baik untuk badan. Dengan cara ini anda dapat memperbaiki kesihatan anda dan mengelakkan berat badan naik.
PROTEIN:
Ayam tanpa kulit
Ayam Belanda (Turkey)
Venison (daging rusa)
Daging lembu
Telur
Seafood 
Daging Kambing
BIJIRIN:
Bijirin gandum
Bubur Oats
Roti (Whole wheat breads) - warna coklat
Beras Perang (Brown Rice)
Kekacang

Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di alpower.order@gmail.com

ALPHA LIPID SLIM DIET II

< click to enlarge >


Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di miastuffz@gmail.com

INFO ALPHA LIPID SDII

< click to enlarge >


Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di miastuffz@gmail.com

Larangan Semasa Diet ALPHA LIPID SD2


Seperti yang kita tahu, sepanjangkan menjalankan program diet dengan SDII kita TIDAK DIBENARKAN mengambil sebarang buah-buahan! Tahukah anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu tinggi kandungan kalori dan karbohidratnya??

Di sini saya senarai buah-buahan serta kandungan kalori dan karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan.


Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g
Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g
Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g
Kcang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g
Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g
Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g
Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g
Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g
Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g
Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g
Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g
Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g
Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g
Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g
Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g
Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g
Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g
Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g
Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g
Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g
Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g
Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g
Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g
Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g
Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g
Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g
Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g
Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g
Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g
Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g
Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g
Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g
Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g
Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g
Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g
Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g
Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g
Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g
Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g
Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g
Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g
Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g
Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g
Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g
Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g
Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g
Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g
Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g
Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g
Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g
Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g

Jadi inilah punca kenapa anda DILARANG mngambil buah-buahan semasa berdiet dgn sd2.. ini adalah diet protein so hanya protein sahaja yg dibenarkan semasa program diet sd2.. 
SELAMAT BERDIET DENGAN ALPHA LIPID SDII YANG BEST!!

Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di miastuffz@gmail.com



ALPHA LIPID SDII- saya berjaya



yahoooooooooo....alalalala gembira sangat saya sekarang ni!
Minggu lepas saya diperkenalkan dengan SDII ni oleh seorang kawan.. mula2 memang tak nak langsung try sbb dan fedup cuba macam2 ubat diet tapi badan mcm kena pam pulak..naik mcm belon!

Pastu tgk kt FB byk la plak orang pomot2..tgk byk testimoni orang2 yg berjaya..still xpecaya sbb biasala orang iklan mst yg baekkk jer...tah la hati rasa membuak2 nk try gk.. so sy pk nk try 1 tin dulu la.. 1tin pn dah rm180 kan..tahan seminggu je lak tu! huhu...klo xjadi memang arrrr..hehe

Disebabkan mahal sgt susu ni sy berazam nak buat betul2! YAKIN BOLEH!!
cukup 4hari je rasa cm xsabar lak nak timbang..mula2 pk takut jgk tp ala baru 4 hari kan..klo turun sikit pn xpala..so dengan nekadnya sy timbang! MAK OIIII jarum menunjukkan 60kg??? Rasa nak melompat tinggi2...suami saya pn tekezut! Biar betul turun 3kg..haaa jangan xpecaya u ollsss...

Disebabkan gumbira sgt, sy yakin dan pecaya dengan produk ni memang betul2 mampu turunkan berat badan saya yang sememangnya susah sgt nk turun ni! Dengan itu sy rasa mcm nk jadi agent jer...boleh x? hehe..

Sesiapa nak beli boleh order kat saya, sy xjadi agent lagi tp sy tolong kawan sy dulu..hik3..


Nak turunkan berat badan cepat dan selamat? email saya di miastuffz@gmail.com


Saturday, February 18, 2012

ZIKIR HARIAN


Assalamualaikum wbt..
Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini insyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman (Ihya Ulumuddin)
Teringat arwah tok wan yang sangat saya sayangi. Dulu sebelum tido arwah akan mengira sesuatu dengan jari sambil mulut terkumat-kamit..lama sangat! Sampai saya jadi hairan "tokwan ni kira duit apa tah tgh2 malam!". Mak cakap tokwan tgh berzikir la..dah jadi macam 'habit' dah, sesuatu yang wajib untuk dia buat sebelum tido.
Arwah tokwan meninggal senang sangat..sakit 2,3hari jer..tak menyusahkan siapa-siapa..mukanya bersih dan tersenyum. Alhamdulillah.. Sebenarnya saya sangat sensitif kalau bercerita tentang arwah,rasa nak menangis kuat-kuat..he is the best tokwan in my heart! Cukuplah saya cakap beliau adalah sebaik-baik manusia,tiada dosa dengan manusia ;-)

ISNIN

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM
1 kalimat umpama 1 bukit uhud. banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, takabbur, sayangkan dunia dan sbgnya.

SELASA

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM
Allah ampunkan dosanya satu tahun (kalau nak pendek selawat ke atas nabi )

RABU

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM
1 kali sebut hilang 1 titik hitam dalam hati kita. 1 titik hitam adalah dari 1 dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.

KHAMIS

SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan 1 kali sebut tumbuh 1 pohon syurna untuk kita di syurga.

JUMAAT

YA ALLAH
Solat,Islam,rajin,suka,lazat,beramal ibadah,tidak malu tutup aurat bagi perempuan.

SABTU

LAA ILAHA ILLA ALLAH
Senang hati, aman dan tenteram.

AHAD

YA HAYYU YA QAYYUM
Allah hidupkan kita dan beri peliharaannya.
Bacalah sekurang-kurangnya 1000kali sehari ;-)
Ayat-ayat diatas semua mudah disebut kan..so tiada alasan untuk kita tidak berzikir..berzikir boleh dilakuakan dimana-mana sahaja..sambil masak pun boleh berzikir! Gandakan pahala kita setiap hari.. dari bercakap merapu-rapu jer baik kita amalkan zikir.
Selamat berzikir kawan-kawan!

Wednesday, February 15, 2012

BUAT BUTANG BALUT SENDIRI

Korang pernah dengar butang balut tak??
Alaaa...yang selalu orang boh kat langsir tuuu...yang ada kat baju nurse tuuu..yang zaman sekarang orang boh kat tudung tuuu...

Dulu mak saya suka sangat la tempah butang balut ni untuk letak kat langsir ciptaannya iteww..tapi dia wat yang beso-beso punyer la..sekarang ni saya pulak tercari-cari mana nak tempah butang ni, nak letak kat tudung..hu hu..tiba-tiba jew tercetus idea nak buat tudung budak..ingat2 nak letak riben ke, bunga ke sebagai aksesori..tapi macam biasa sangat! Letak butang balut mesti cun punyer..sesuaiiii gitu untuk kanak-kanak rebina yang comel2 itewww...

Macam biasa sumber maklumat mesti la GOOGLE! Tak banyak info pasal butang balut tapi ada la jugak yang boleh dijadikan bahan..hurmmm.. rupa-rupanya butang ni boleh buat sendiri kat rumah..takyah susah2 nak g tempah pun..menarik! Keesokan harinya jugak saya kerah encik hubby bawak g cari alat2 yang diperlukan. Haaa mesti u all nak tau kan mana nak dapat barang2 ni semua!

Kitorang p bukit bintang nuuu...dalam tu ada kedai jepun namanya DAISO. Haa kat situ korang pilih la nak saiz apapun semua ada..harganya rm5 jer untuk semua barang dalam tu..best kan best kan! Tapi lagi besar saiznya lagi sikit la kuantitinya..!

OK mari mulakan tugasan kita!


Jeng jeng jeng!! ni la paket butang tu..tp ini refillnya taw..mula-mula korang beli la yang ada alat nak wat ni skali.

Ha ni la rupanya alat penekan butang tu..don worry cara-cara nak buat ada tulis kt belakang tu tp dlm tulisan jepun la..kuang3!!

Wahhh saya dh dapat hasilkan byk butang comel2..korang bila lagi??!


Tudung pun siap!!
Kawan-kawan jom shopping di MiaStuffz dulu lah ;-)